top of page

Minuman Yang Anda Wajib Cuba di Batu Pahat🧋

Writer's picture: Admin FindbulousAdmin Findbulous




1) Borneo Coklat Ais

Kedai ini terletak di Taman Soga, Batu Pahat berhampiran dengan Pasaraya Nirwana, Taman Soga. Kedai ini menjual pelbagai jenis air cedok yang pastinya murah dan sedap. Antara minuman popular merekka ialah Borneo Coklat Ais, dimana air coklatnya yang pekat dan creamy, bertoppingkan whipping cream,snack chocolate roll dan syrup dressing hershey’s. Manakal cawanya pula dihiasi dengan coklat dressing Hershey’s untuk menakbah keunikkan pada air tersebut. Mereka juga turut menjual Borneo Teh Ais, Borneo Honeydew Special dan pelbagai lagi.


Address: Taman Soga, Batu Pahat, Johor.







2) Honeybee

Restoran ini menjual pelbagai anek Frappe yang lazat dan sedap. Bahan utama yang mengguanakan madu dalam penghasilan frappe mereka. Restoran ini menyediakan Frappe, Ice drinks, Ice cream dan juga Yeogurt. Antara menu famous bagi restoran ini adalah Signature Coffee, Caramel Macchiato, dan Caramel Latte. Harga juga sangat berpatutan dan berbaloi dengan rasa minuman Honey bee nii.


Address: No 09, Jalan Lingkaran Bentara 1, Pusat Komersial Bentara, 83000 Batu Pahat.

Waktu Operasi: Setiap Hari







3) Kamu & Kopi Café

Café ini terletak di Kampung Merdeka, Batu Pahat yang menyediakan makanan Malaysia dan Western. Antara minuman yang menjadi perhatian pelanggan adalah milkshake yang disediakan mereka. Antara menu milkshake yang disediakan adalah strawberry Vanilla Milkshake, Caramell Algona Milkshake, dan Chocolate Brownies Milkshake. Ketiga-tiga milkshake ini menpunyai tekstur yang lembut dan mempunyai topping whipping cream yang dihiasi dengan sweet syrup mengikut flavour. Terdapat juga frappe dalam pelbagai perisa yang boleh dicuba sekiranya tidak terlalu gemar dengan milkshake.


Address: No 81, Jalan Ungku Ahmad, Kampung Merdeka, 83000 Batu Pahat, Johor.

Waktu Operasi: Setiap Hari







4) Dhaka Teh Ais

Kedai ini terletak di Taman Murni, Batu Pahat menjual air teh ais yang pekat dan sedap. Dhakan teh ais ini terkenal dengan rasa teh mereka yang unik berbeza dengan rasa the yang dijual di pasaraya. Teh ais ini kaya dengan flavour dan aroma tehnya yang wangi. Teh ais dhaka ini bertambah sedap apabila diminum dengan cincau. Terdapat juga falovur lain selain dhaka the ais yang boleh dicuba oleh pelanggan seperti teh ais bubble, teh ais pearl, chocolate milk bubble, dan chocolate milk pearl.


Address: Jalan Murni, Taman Murni, 83000 Batu Pahat, Johor.

Waktu Operasi: Setiap Hari

92 views0 comments

Related Posts

Comentários


bottom of page