
1) Suhaimi Café
Sebut tentang port sarapan pagi di Ipoh, pasti nama kafe ini akan disebut. Ianya merupakan antara kafe yang terkenal sekitar Ipoh. Antara menu yang wajib anda cuba di restoran ini ialah Roti Benggali yang dimakan bersama kacang pool. Selain itu, kopi Vietnam mereka juga sedap dan pekat. Sesuai dinikmati untuk menyegarkan minda juga!
Alamat: 57, Laluan Jelapang Selatan, Taman Kledang Permai, 30020 Ipoh, Negeri Perak
Credit: Suhaimi Cafe | Facebook

Ini juga merupakan antara restoran yang popular di Ipoh – Canning Dim Sum. Ada berbagai jenis dim sum yang boleh anda nikmati di restoran ini. Antara yang boleh dipesan ialah fried prawn bean curd rolls, siew mai, lo mai kai dan banyak lagi. Jangan lupa cuba salted egg pau mereka, lembut, gebu dan berkrim. Sangat sedap!
Alamat: No.1, Lebuh Cecil Rae , Taman Canning 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
Credit: Canning Dim Sum | Facebook

Lontong merupakan menu sarapan yang cukup menyelerakan. Mengidamkan lontong untuk sarapan? Singgahlah di restoran Allongs ini! Restoran ini cukup terkenal dengan lontong mereka. Ianya dibuka seawal jam 7.40 pagi lagi, jadi bolehlah anda singgah sebelum ke tempat kerja. Pasti keenakkan lontong mereka akan membangkitkan mood anda.
Alamat: 24 Pesara Ipoh 1, Taman Ipoh 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
Credit: Allongs, Warong Ipoh Lontong | Facebook

Selain roti canai dan nasi lemak, hidangan seperti mi juga enak dinikmati untuk sarapan. Jadi, singgahlah bersarapan di restoran Mee Kari Kak Yah ini. Hidangan yang mendapat sambutan ramai ialah mi kari. Ramai pelanggan menggemarinya dan mereka turut memuji kuah karinya yang pekat. Hidangan lain seperti roti bakar juga turut disediakan.
Alamat: : Laluan Jelapang Selatan 1, Kampung Tengku Husin Hujong, 30020 Ipoh, Perak
Credit: Mee Kari Kak Yah | Facebook

Mengidam untuk menikmati mi rebus? Mi rebus merupakan hidangan yang popular di Muar, Johor, namun anda juga boleh menikmati mi rebus ala mi rebus Muar di Restoran Mee Rebus Ramli. Rata-rata pelanggan memuji keenakkan mi rebus di sini. Kuahnya pekat, aromanya harum dan ianya juga mengenyangkan. Selain itu, mereka juga ada menyajikan nasi ayam Hainan. Sesuai dinikmati semasa sarapan!
Alamat: 767, Jln. Kuala Kangsar, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh, Perak
Credit: Mee Rebus Ramli | Facebook

Ingin menikmati makanan berat untuk sarapan? Apa kata anda cuba Nasi Ganja di Kedai Kopi Yong Suan ini, pasti sedap dan memuaskan hati! Ianya merupakan antara restoran yang terkenal di Ipoh. Ada pelbagai jenis lauk-pauk yang boleh dipilih. Yang selalu menjadi pilihan ramai ialah ayam goreng, daging merah dan telur masin. Untuk pencuci mulut, Caramel Custard merupakan menu yang terlaris.
Alamat: 6, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Credit: Nasi Ganja & Kedai Kopi Yong Suan | Facebook
Comentarios